Tuesday, 18 June 2013

Sampai Mati..

Aku dalam bilik tengah mengerang kesakitan seorang diri..perut ku memulas-mulas..
Mungkin aku tersalah makan agaknya..
Tetapi semakin lama semakin teruk..Aku tak mampu untuk berdiri ke mana-mana.
Atau penyakit gastrik aku mula menyerang aku??
Aduh!! Sakitnya..
Disebabkan hari ini aku tak mampu berbuat apa-apa..nak study pun macam orang dah hilang semangat baik aku online kejap.
Walaupun aku dah tak aktifkan akaun FB aku..tetapi aku ada satu lagi..habuan stalker pak we aku la weyh hehe..lelaki ni kadang-kadang bukan boleh percaya pun betul tak wahai kaum hawa sekalian.

Bila dah buka aku pun mula la menjelajah..Bermula dari wall dia hingga la ke wall kawan-kawan dia.
Then aku ternampak  gambar-gambar dia pergi photoshoot aitu..huhu
Sampai hati dia tinggal aku sorang-sorang dekat rumah..rupanya perempuan yang selalu kacau dia pun ada sekali..macam jimbet!!

Masa dia tidur dekat rumah nenek..Aku selalu renung tengok muka dia..Hensem pak we aku ni patut lah ramai perempuan nak curi dia dari aku..huhu..

Hari ini mesti dia tengah khusyuk mengedit gambar-gambar tu..Haih! Bila tahun tah aku pulak yang jaadi model ni. aku pun nak juga.. Aku tahu mesti ramai orang heran tak cemburukah aku bila dia dikelilingi aweks yang cantik2 nanti ni...Tak takut ke nanti kalau pak we aku tu goyang bila berhadapan dengan perempuan-perempuan macam tu??
Jawapang aku senang je..Sejak kami bergaduh disebabkan perasaan curiga aku ini..
Aku dah buat satu keputusan..
Aku akan cemburu tapi aku takkan tunjuk..
Then kalau dia tipu aku..aku akan tipu dia balik.
Segalanya aku cuba untuk melawan arus.
Kalau ikut perasaan cemburu aku memang setinggi gunung kinabalu la jawabnya..
Mau aku ikat kaki dia tak bagi keluar rumah hehe..
Tapi disebabkan aku sayang dia aku takkan buat macam tu nanti dia rimas..
So now aku jadi cerminan kepada diri dia..
Biar dia rasa apa yang aku rasa.. Aku takkan fikir lagi dah dengan perempuan mana dia nak berhubung..
Bukan aku tak sayang dia dah..cuma hidup ini kita kena bagi pengajaran sikit.

Misalnya macam hari ini, dia langsung tak text aku..tak tanya aku ni dah makan ke? tengah buat apa?
Sakit aku ni pun dia tak tahu huhuhu...kesian kan .
Bila aku dah masuk hospital then mati baru dia nak datang dekat aku kot.
Tak pe lah..kalau betul la jodoh aku dengan dia...adalah tu..

Now aku just relax je..tak payah nak cemburu2..
Dia pun kena ingat awek dia pun cantik la..cuma lelaki tak berani dekat sebab dorang tau awek Si Burung Malau Qhebau (Mala Kerbau) ni susah nak dekat haha..
Gemok!! I rindu You..Perut I sakit tau tak..huhu
Kenapa la you dah tak caring macam dulu ha??
Tak pe la..bagus juga I tak dimanja macam ni..boleh aku hidup berdikari..dan apa yang penting aku hidup untuk tidak terlalu bergantung pada orang lain terutama manusia bernama LELAKI.



MENCINTAI DIA DENGAN SEDERHANA...
Selalunya kesederhanaan akan kekal.. Dalam Islam juga menggalakkan hidup secara sederhana..
Sederhana pilihan yang paling baik...
Hidup ini kalau berlebih-lebihan tak elok juga betul tak?? Sedih yang keterlaluan boleh menyebabkan manusia gila..Perasaan gembira yang melampau-lampau juga boleh menyebabkan gila..
Mencintai seseorang dengan rasa cinta yang melampau-lampau dan melebihi rasa cinta pada Tuhan juga menyebabkan manusia gila..
Sebab tu boleh wujud kes-kes..boypren bunuh girlpren la..sebab perasaan macam ni la..Cemburu..
Begitu juga cinta...Aku cintakan Si Burung Malau Qhebau dengan perasaan yang sederhana..
Janji kekal sampai mati..Sayang I Love You..

Sayang..
Walaupun cinta dah tak sehangat bara api..
Aku terima..
Sayang..
Walaupun cinta dah tak sepanas pisang goreng dekat Cengkih =P
Aku terima..
Kerana..
Cinta kita tidak sesuram seperti di langit mendung..
Sayang..
Biarlah cinta kita tidak sehangat di Gurun ( Aii mention tempat tingai roomate dia nampak hehe..sori syam)
Asalkan cinta tidak sesejuk di Kutub Utara..
Biarlah cinta ini sederhana seperti Khatulistiwa yang tetap sama cuacanya sepanjang tahun..
Macam tu juga cinta kita..Sederhana..tetapi rindu tetap membara dan rasa cinta tanpa batasan..

Ini la Burung Mala Kerbau..Macam Pak we aku kan hehe..jangan marah Sayang.


hehe..berjiwang mawang plak aku ni hehe..
Sorry la aku tak pandai sangat nak mengayat ni..
Ikut kekreatifan yang ada je la..

Ingat sederhana itu..yang terbaik.


No comments:

Post a Comment