Thursday, 13 June 2013

Cameo Hidupku..

Hi.
Ni adalah blog kedua aku. First Blog aku MissLaraLife telah aku bekukan pada umum atas sebab2 peribadi..yang sebenarnya hahaha..
Oleh itu, bagi memulakan hidup aku yang bergelumbang dalam bidang penulisan ini aku akan mulakan dengan blog yang baru dan halaman kehidupan yang baru.
Siapa aku?? Tak perlulah korang tahu..
Korang bleh panggil aku Cameo hehe..
Cameo si Comel FZI hehehe..Shutt!!
Antara sebab aku untuk menulis adalah..aku rasa hidup aku ni dah penuh dengan pengalaman dan cabaran sepanjang umur aku 21 tahun ini..
walaupun tak banyak tapi cukuplah untuk aku kongsikan dengan adik2 dan abang2 di luar sana.
Cameo? Korang faham ke apa maknanya??
Cameo merujuk kepada salah satu babak dalam drama,batu hiasan ukiran timbul, sejenis alat perhiasan perempuan yang diperbuat daripada batu,kameo.
So, apa kaitannya dengan aku??
Pengalaman hidup ini umpana cameo yang menjadi perhiasan kepada semua manusia untuk dijadikan panduan. Sejarah juga ibarat cemeo agar kesilapan dahulu tidak lagi berulang.
Cemeo kehidupan juga dapat mematang kan diri dalam mengenal erti kehidupan.

Ya!! Umur aku baru je 21tahun dan aku sedar aku masih mentah dalam gelombang permainan dunia ni. Semuanya jadi pada masa yang tepat iaitu pada umur 20tahun keatas. Cameo aku pada masa tu aku baru jumpa lelaki yang aku cinta sangat2..pada umur tu aku baru belajar hidup jauh dari mak bapak..dan pada umur 20tahun..hehe malu la cek nak habaq!! Bapak aku baru kasi pegang I.C. sendiri la huhuhu..
Sebenarnya banyak cameo hidup aku yang aku nak kongsikan tapi masa dah makin suntuk..
Mana dengan aku tak mandi lagi jap gi Cik Abang nak mai jemput bawa balik kampung pulak..
Kita jumpa lagi ya..
Salam Telegram Buat

No comments:

Post a Comment