Thursday, 13 June 2013

Metafora Di Kala Hujan Lebat

C I N T A
Kasih dan Sayang Dari Hati..
Ingat dan Rindu Hingga Ke Mati..

Kata-kata ni aku jumpa dalam blog yang aku baca jap tadi..
Pengalaman bercinta ni salah satu cameo atmosfera yang aku hadapi.
Cinta perasaan yang dianugerahkan oleh Pencipta kepada setiap makhluk yang dicipta oleh-Nya.
Cinta perasaan kasih sayang yang wujud pada setiap makhluk bernyawa.
Tanpa kasih sayang dunia boleh musnah.
Tanpa cinta juga kekacauan boleh berlaku.
Kasih itu bukan sahaja untuk manusia malah untuk pada binatang juga.

Dengan cinta..kita boleh tersenyum..
Dengan cinta..kita boleh menangis..
Dengan cinta..kita boleh bahagia..
Dengan cinta..kita merana..

Dulu aku pernah membenci cinta..Tapi sekarang aku dah merasainya sendiri..
Dalam percintaan ada pasang surutnya..
Sekejap baik, sekejap bergaduh..hurmm..lumrah manusia kan..apa boleh buat.


Apa perasaan korang bila dapat tahu kasih dan sayang yang dicanang cuma satu untuk kita..but in the end kita dapat tahu sayang dibahagikan kepada ramai PEREMPUAN??
Mesti perasaan kecewa melanda diri kita sendiri..
Masa tu bila dah kantoi mula lah keluar ayat melankollik bagai..
Ya!! Aku pernah rasa sendiri macam mana sakitnya hati ini bila dapat tahu lelaki yang aku percaya ini...Curang.
Mulanya aku ingat nak rahsiakan yang kononnya aku tak tahu pasal benda ni.. Tapi rasa kecewa aku ni betul2 aku tak boleh nak tahan..bila berhadapan dengan dia aku terus menangis..
Sebab dia lelaki yang aku sayang sangat2..dan aku setia sangat2..aku jadi sombong dengan semua lelaki sebab aku tak nak hati dia terluka walau sikit pun.
Aku Kecewa Sangat2!!
Fikiran aku masa tu..seolah2 mengejek aku..Aku bodoh sebab terlalu percayakan lelaki.
Masa yang sama aku fikir..layak kah aku terima semua ini??
Tapi aku masih waras.. Perlukah aku kekalkan hubungan ini..bila kasih aku diduakan??
Perlukah aku pulihkan hubungan ini..
Dia pulak tak habis2 minta peluang kedua untuk berubah..

Aku bagi dia peluang kedua untuk buktikan dia tak ulang lagi salah yang sama..
Tapi dia lupa..betapa susahnya hati aku untuk membina semula kepercayaan pada dia..
Hati aku selalu ragu pada dia.. Hati aku susah nak percaya cakap dia.
Tapi aku tetap setia...dengan harapan yang masih tersisa ni..aku berharap hubungan ini kekal untuk selamanya.. Tapi sampai bila aku boleh bertahan??
Aku manusia biasa. Hati aku bila2 masa boleh goyah.

Bila aku ingat semua ni balik..aku menangis sorang-sorang.
kenapa dia buat aku macam ni??
Siapa sebenarnya aku pada dia?????
Aku benci dia..tapi aku masih sayang kan dia..
Walaupun jadi macam ni sayang dan rindu aku pada dia tak pernah surut malah makin bertambah memang orang akan cakap aku bodoh..
Tapi aku tetap memilih untuk Setia..
Sekarang ni aku cuba bina semula kepercayaan itu.

But now,
Aku cuba mulakan dari bawah..walaupun keadaan dah tak sama macam dulu.
Sekarang ni aku jauhkan diri aku dari segala laman so...sial yang ada.
Sekarang hidup aku lebih tenang.
Now,
Aku akan cermin kan diri aku..
aku akan terbalikkan diri aku..
hehe wahai kekasih hati yang jauh nun disana..
Aku memang tak sejahat yang tak disangka..
Aku takkan balas balik benda yang sama..
Tapi..
Ada benda yang lebih menyakitkan akan aku lakukan.
Terima kasih lah sebab ajar aku semua benda ni.


No comments:

Post a Comment