Tuesday, 18 June 2013

Sampai Mati..

Aku dalam bilik tengah mengerang kesakitan seorang diri..perut ku memulas-mulas..
Mungkin aku tersalah makan agaknya..
Tetapi semakin lama semakin teruk..Aku tak mampu untuk berdiri ke mana-mana.
Atau penyakit gastrik aku mula menyerang aku??
Aduh!! Sakitnya..
Disebabkan hari ini aku tak mampu berbuat apa-apa..nak study pun macam orang dah hilang semangat baik aku online kejap.
Walaupun aku dah tak aktifkan akaun FB aku..tetapi aku ada satu lagi..habuan stalker pak we aku la weyh hehe..lelaki ni kadang-kadang bukan boleh percaya pun betul tak wahai kaum hawa sekalian.

Bila dah buka aku pun mula la menjelajah..Bermula dari wall dia hingga la ke wall kawan-kawan dia.
Then aku ternampak  gambar-gambar dia pergi photoshoot aitu..huhu
Sampai hati dia tinggal aku sorang-sorang dekat rumah..rupanya perempuan yang selalu kacau dia pun ada sekali..macam jimbet!!

Masa dia tidur dekat rumah nenek..Aku selalu renung tengok muka dia..Hensem pak we aku ni patut lah ramai perempuan nak curi dia dari aku..huhu..

Hari ini mesti dia tengah khusyuk mengedit gambar-gambar tu..Haih! Bila tahun tah aku pulak yang jaadi model ni. aku pun nak juga.. Aku tahu mesti ramai orang heran tak cemburukah aku bila dia dikelilingi aweks yang cantik2 nanti ni...Tak takut ke nanti kalau pak we aku tu goyang bila berhadapan dengan perempuan-perempuan macam tu??
Jawapang aku senang je..Sejak kami bergaduh disebabkan perasaan curiga aku ini..
Aku dah buat satu keputusan..
Aku akan cemburu tapi aku takkan tunjuk..
Then kalau dia tipu aku..aku akan tipu dia balik.
Segalanya aku cuba untuk melawan arus.
Kalau ikut perasaan cemburu aku memang setinggi gunung kinabalu la jawabnya..
Mau aku ikat kaki dia tak bagi keluar rumah hehe..
Tapi disebabkan aku sayang dia aku takkan buat macam tu nanti dia rimas..
So now aku jadi cerminan kepada diri dia..
Biar dia rasa apa yang aku rasa.. Aku takkan fikir lagi dah dengan perempuan mana dia nak berhubung..
Bukan aku tak sayang dia dah..cuma hidup ini kita kena bagi pengajaran sikit.

Misalnya macam hari ini, dia langsung tak text aku..tak tanya aku ni dah makan ke? tengah buat apa?
Sakit aku ni pun dia tak tahu huhuhu...kesian kan .
Bila aku dah masuk hospital then mati baru dia nak datang dekat aku kot.
Tak pe lah..kalau betul la jodoh aku dengan dia...adalah tu..

Now aku just relax je..tak payah nak cemburu2..
Dia pun kena ingat awek dia pun cantik la..cuma lelaki tak berani dekat sebab dorang tau awek Si Burung Malau Qhebau (Mala Kerbau) ni susah nak dekat haha..
Gemok!! I rindu You..Perut I sakit tau tak..huhu
Kenapa la you dah tak caring macam dulu ha??
Tak pe la..bagus juga I tak dimanja macam ni..boleh aku hidup berdikari..dan apa yang penting aku hidup untuk tidak terlalu bergantung pada orang lain terutama manusia bernama LELAKI.



MENCINTAI DIA DENGAN SEDERHANA...
Selalunya kesederhanaan akan kekal.. Dalam Islam juga menggalakkan hidup secara sederhana..
Sederhana pilihan yang paling baik...
Hidup ini kalau berlebih-lebihan tak elok juga betul tak?? Sedih yang keterlaluan boleh menyebabkan manusia gila..Perasaan gembira yang melampau-lampau juga boleh menyebabkan gila..
Mencintai seseorang dengan rasa cinta yang melampau-lampau dan melebihi rasa cinta pada Tuhan juga menyebabkan manusia gila..
Sebab tu boleh wujud kes-kes..boypren bunuh girlpren la..sebab perasaan macam ni la..Cemburu..
Begitu juga cinta...Aku cintakan Si Burung Malau Qhebau dengan perasaan yang sederhana..
Janji kekal sampai mati..Sayang I Love You..

Sayang..
Walaupun cinta dah tak sehangat bara api..
Aku terima..
Sayang..
Walaupun cinta dah tak sepanas pisang goreng dekat Cengkih =P
Aku terima..
Kerana..
Cinta kita tidak sesuram seperti di langit mendung..
Sayang..
Biarlah cinta kita tidak sehangat di Gurun ( Aii mention tempat tingai roomate dia nampak hehe..sori syam)
Asalkan cinta tidak sesejuk di Kutub Utara..
Biarlah cinta ini sederhana seperti Khatulistiwa yang tetap sama cuacanya sepanjang tahun..
Macam tu juga cinta kita..Sederhana..tetapi rindu tetap membara dan rasa cinta tanpa batasan..

Ini la Burung Mala Kerbau..Macam Pak we aku kan hehe..jangan marah Sayang.


hehe..berjiwang mawang plak aku ni hehe..
Sorry la aku tak pandai sangat nak mengayat ni..
Ikut kekreatifan yang ada je la..

Ingat sederhana itu..yang terbaik.


Monday, 17 June 2013

I Miss You.

Hehe..kelakar la pak we aku sorang ni..aku tengah bebai boleh pulak dok nyanyi lagu hindustan depan aku hehe..bongok!! Gemuk bongok!!
hehe..Marah2 aku dekat dia pun aku sayang dia.
Meh sini nak hug... Rindunya dekat dia bila ingat semua tu.
Sayang u pergi mana..Setiap masa I tunggu u.
Now u dah macam tak pedulikan i dah huhuhu...
But walau apa pun yang jadi I tetap sayang You.

Aku atau dia?? Mengalah atau Melawan?

Hubungan aku dengan dia semakin hari semakin suram..
namun rasa cinta dan sayang aku bertambah dari hari ke hari..
Apa makna semua nih?? Aku sendri pun tak faham..
Aku keliru..
Sejak terkantoii dia ada perempuan lain..hubungan kami jadi makin parah..
Dia dah tak macam dulu lagi dah..
Benarkah cinta kami makin pudar??
huhuhu....
Tolonglah kembalikan diri dia yang dulu..Diri dia yang selalu buat aku tersenyum.
Bukan diri dia yang skrg..yang selalu buat aku risau.
Aku betul-betul takut bila hati dia dah berubah kepada orang lain.
Tapi tu bukan hak aku kalau dia nak berubah sekali pun.
Aku cuma manusia biasa yang tak mampu nak kawal hati mana-mana makhluk di dunia ni.

"Sayang..I tak kisah kalau you dah tak boleh nak percayakan I. Tapi satu je yang I nak you tahu..You tetap girlfriend I yang I nak kawen. Satu-satunya gilrfriend yang I sayang. Dorang semua tu cuma datang dan pergi. Cuma you saja yang akan kekal untuk I. Ingat tu."

Sebenarnya bila dia cakap macam tu hati aku sakit sangat-sangat.
Kalau betul la aku ni perempuan yang paling dia sayang..kenapa dia mesti lukakan hati perempuan yang dia sayang ni.
Aku pun manusia..tambah-tambah bila aku ini seorang perempuan. Perasaan cemburu tetap ada. Itu fitrah menjadi seorang wanita.
Ya!! Fitrah seorang wanita bila menyayangi seorang lelaki..dia akan sayangkan lelaki itu dengan sepenuh hati. Tapi bila sekali dikhianati..susah untuk mempercayai lelaki itu.

Bagi aku apa gunanya berkata kita sayangkan dia..kalau hati dan perasaan dia selalu kita sakiti..
Setia tu menyakitkan..Hati aku sakit bila ada betina-betina yang kacau dia.
Tapi hati aku lebih sakit bila lelaki yang aku sendiri sayang layan dorang.
Tipu!!! Aku benci penipu...Aku taw dia selalu tipu aku..tapi aku biar je..aku nak tengok sejuh mana permainan dia.

Haih!! nasib baik aku sayang hang taw tak!!
Aku sendiri pun tak faham kenapa aku perlu terus setia untuk dia..
Cup!! Aku takkan mengalah untuk perjuangkan cinta kami.
Aku tahu ramai orang diluar sana tunggu untuk kami putus.
Aku akan terus melawan arus untuk pertahankan relay aku ini..
Biarlah aku anggap dia sahabat yang takkan terputus sampai bila-bila.
Kalau aku anggap dia pak we aku..komfem ada perkataan PUTUS.
Dia...sahabat yang akan aku khawini suatu hari nanti..

Hidup ni macam permainan..Dia sendiri yang cakap macam tu..
Dia boleh curang atau tipu aku...
Tapi dia lupa..
Aku boleh balas benda yang sama.. Atau pembalasan yang lebih dahsyat lagi.
Cuma masa yang akan menetukan segalanya..

Mungkin aku ni seorang yang pemaaf dan mudah sangat nak jadi baik dengan semua orang..
Sebab tu lah dia senang je nak buat salah dengan silap.
Tak pe kali ni aku maafkan..
Dan mulai hari ini aku akan cuba buang rasa cemburu tu..biar dia rasa macam mana susah hatinya kalau orang yang kita sayang dah tak cemburu.. Biar dia tak boleh duduk bila jadi macam tu.

UNTUK DIA YANG AKU SAYANG..AKU MAAFKAN SEGALA SALAH YANG PERNAH KAU LAKUKAN..SELAGI AKU BERTAHAN AKU MASIH MENGHARAPKAN HARAPAN UNTUK MEMULIH KEMBALI HUBUNGAN KITA..SEBAB.. I SAYANG YOU.

Thursday, 13 June 2013

Metafora Di Kala Hujan Lebat

C I N T A
Kasih dan Sayang Dari Hati..
Ingat dan Rindu Hingga Ke Mati..

Kata-kata ni aku jumpa dalam blog yang aku baca jap tadi..
Pengalaman bercinta ni salah satu cameo atmosfera yang aku hadapi.
Cinta perasaan yang dianugerahkan oleh Pencipta kepada setiap makhluk yang dicipta oleh-Nya.
Cinta perasaan kasih sayang yang wujud pada setiap makhluk bernyawa.
Tanpa kasih sayang dunia boleh musnah.
Tanpa cinta juga kekacauan boleh berlaku.
Kasih itu bukan sahaja untuk manusia malah untuk pada binatang juga.

Dengan cinta..kita boleh tersenyum..
Dengan cinta..kita boleh menangis..
Dengan cinta..kita boleh bahagia..
Dengan cinta..kita merana..

Dulu aku pernah membenci cinta..Tapi sekarang aku dah merasainya sendiri..
Dalam percintaan ada pasang surutnya..
Sekejap baik, sekejap bergaduh..hurmm..lumrah manusia kan..apa boleh buat.


Apa perasaan korang bila dapat tahu kasih dan sayang yang dicanang cuma satu untuk kita..but in the end kita dapat tahu sayang dibahagikan kepada ramai PEREMPUAN??
Mesti perasaan kecewa melanda diri kita sendiri..
Masa tu bila dah kantoi mula lah keluar ayat melankollik bagai..
Ya!! Aku pernah rasa sendiri macam mana sakitnya hati ini bila dapat tahu lelaki yang aku percaya ini...Curang.
Mulanya aku ingat nak rahsiakan yang kononnya aku tak tahu pasal benda ni.. Tapi rasa kecewa aku ni betul2 aku tak boleh nak tahan..bila berhadapan dengan dia aku terus menangis..
Sebab dia lelaki yang aku sayang sangat2..dan aku setia sangat2..aku jadi sombong dengan semua lelaki sebab aku tak nak hati dia terluka walau sikit pun.
Aku Kecewa Sangat2!!
Fikiran aku masa tu..seolah2 mengejek aku..Aku bodoh sebab terlalu percayakan lelaki.
Masa yang sama aku fikir..layak kah aku terima semua ini??
Tapi aku masih waras.. Perlukah aku kekalkan hubungan ini..bila kasih aku diduakan??
Perlukah aku pulihkan hubungan ini..
Dia pulak tak habis2 minta peluang kedua untuk berubah..

Aku bagi dia peluang kedua untuk buktikan dia tak ulang lagi salah yang sama..
Tapi dia lupa..betapa susahnya hati aku untuk membina semula kepercayaan pada dia..
Hati aku selalu ragu pada dia.. Hati aku susah nak percaya cakap dia.
Tapi aku tetap setia...dengan harapan yang masih tersisa ni..aku berharap hubungan ini kekal untuk selamanya.. Tapi sampai bila aku boleh bertahan??
Aku manusia biasa. Hati aku bila2 masa boleh goyah.

Bila aku ingat semua ni balik..aku menangis sorang-sorang.
kenapa dia buat aku macam ni??
Siapa sebenarnya aku pada dia?????
Aku benci dia..tapi aku masih sayang kan dia..
Walaupun jadi macam ni sayang dan rindu aku pada dia tak pernah surut malah makin bertambah memang orang akan cakap aku bodoh..
Tapi aku tetap memilih untuk Setia..
Sekarang ni aku cuba bina semula kepercayaan itu.

But now,
Aku cuba mulakan dari bawah..walaupun keadaan dah tak sama macam dulu.
Sekarang ni aku jauhkan diri aku dari segala laman so...sial yang ada.
Sekarang hidup aku lebih tenang.
Now,
Aku akan cermin kan diri aku..
aku akan terbalikkan diri aku..
hehe wahai kekasih hati yang jauh nun disana..
Aku memang tak sejahat yang tak disangka..
Aku takkan balas balik benda yang sama..
Tapi..
Ada benda yang lebih menyakitkan akan aku lakukan.
Terima kasih lah sebab ajar aku semua benda ni.


Cameo Hidupku..

Hi.
Ni adalah blog kedua aku. First Blog aku MissLaraLife telah aku bekukan pada umum atas sebab2 peribadi..yang sebenarnya hahaha..
Oleh itu, bagi memulakan hidup aku yang bergelumbang dalam bidang penulisan ini aku akan mulakan dengan blog yang baru dan halaman kehidupan yang baru.
Siapa aku?? Tak perlulah korang tahu..
Korang bleh panggil aku Cameo hehe..
Cameo si Comel FZI hehehe..Shutt!!
Antara sebab aku untuk menulis adalah..aku rasa hidup aku ni dah penuh dengan pengalaman dan cabaran sepanjang umur aku 21 tahun ini..
walaupun tak banyak tapi cukuplah untuk aku kongsikan dengan adik2 dan abang2 di luar sana.
Cameo? Korang faham ke apa maknanya??
Cameo merujuk kepada salah satu babak dalam drama,batu hiasan ukiran timbul, sejenis alat perhiasan perempuan yang diperbuat daripada batu,kameo.
So, apa kaitannya dengan aku??
Pengalaman hidup ini umpana cameo yang menjadi perhiasan kepada semua manusia untuk dijadikan panduan. Sejarah juga ibarat cemeo agar kesilapan dahulu tidak lagi berulang.
Cemeo kehidupan juga dapat mematang kan diri dalam mengenal erti kehidupan.

Ya!! Umur aku baru je 21tahun dan aku sedar aku masih mentah dalam gelombang permainan dunia ni. Semuanya jadi pada masa yang tepat iaitu pada umur 20tahun keatas. Cameo aku pada masa tu aku baru jumpa lelaki yang aku cinta sangat2..pada umur tu aku baru belajar hidup jauh dari mak bapak..dan pada umur 20tahun..hehe malu la cek nak habaq!! Bapak aku baru kasi pegang I.C. sendiri la huhuhu..
Sebenarnya banyak cameo hidup aku yang aku nak kongsikan tapi masa dah makin suntuk..
Mana dengan aku tak mandi lagi jap gi Cik Abang nak mai jemput bawa balik kampung pulak..
Kita jumpa lagi ya..
Salam Telegram Buat