Friday, 19 July 2013

Gadis Melankolik vs Lelaki Hati Tisu

Topik yang aku nak menulis pada hari ini nampaknya akan menyentuh hati seseorang kelak.
Sebelum apa-apa terjadi aku nak minta maaf lah sama ada kepada kaum hawa mahupun kepada kaum Adam..
 Gadis Melankolik sama ke dengan gadis yang berhati tisu??
Cupp!! Bagi aku gadis Melankolik ni mungkin gadis yang menyedihkan tapi dia bukanlah seorang yang mengada-ngada taw.
Gadis berhati tisu pula gadis yang cenggeng.suka menangis dan cepat tersentuh.
Itu lumrah la bagi seorang makhluk yang bernama perempuan kan?/

Lelaki pulak makhluk yang telah kita sendiri sedia maklum mempunyai sifat ego yang tinggi.
Mungkin ada hikmah nya diorang dikurniakan dengan perasaan ini. Perasaan ego ni bagus juga untuk memimpin sebenarnya. Kalau tak da sifat ni mungkin lelaki akan jadi seperti lalang dan tak mampu untuk berpendirian tegas.

Semalam aku text buah hati aku..Aku pun perli la..Baru sekarang ke nak rasa rindu?
Then dia jawab.. Ala..sebenar kita pun rindu tapi tak nak tunjuk nanti POYO!!
Haduii.. Bila dapat text tu mula la aku nak bertukar character aku jadi gadis melankolik huhuhu..
Tinggi sungguh ego dia.. Bila tanya rindu aku tak?? Boleh dia jawab..Rindu la jugak..
Kadang-kadang kita sebagai perempuan nak juga dimanja..salah ke kalau dia jawab dia pu rindu aku?? Jangan-jangan dia memang tak rindu aku kot..
Tak pe la..pasangan tu pinjaman Allah kalau betul la dia jodoh aku..
kami takkan terpisah walau apa pun yang terjadi..
Ingat!! Cinta dalam kesederhanaan.
Siang tadi aku tengok la satu drama..then aku dapat lah sedikit tips.

Kalau kita sayangkan orang yang kita cinta..
lepaskan dia kalau dia selalu lari dari kita..
sebab tak guna juga kalau kita kejar then dia lari jauhkan diri..
Lepaskan dia macam kita lepaskan ikan di sungai..
Kalau ikan milik kita pasti dia akan kembali..
Jika ikan itu berenang terus tinggalkan kita..
Itu bermakna dia bukan milik kita..
Kita mampu berusaha..Tapi tuhan yang menentukan betul tak?

Lelaki pun makhluk tuhan juga..nak tahu tak kenapa tuhan cipta hati perempuan dengan lelaki berbeza?? Hikmahnya..
Tuhan nak kita berkenalan antara satu sama lain..
Tuhan nak kita dapat mengenali hati masing-masing dan belajar untuk bertolak ansur..
Apa yang penting tuhan nak tunjukkan kasih sayang terhadap makhluk yang dicipta olehNya.
Sebab itu setiap makhluk berpasangan..
Ayam pun ada pasangan dia sendiri hehe

Lelaki pun ada perasaan..lelaki pun hati tisu la..Cuma tak tunjuk sebab nanti tercalar plak ego diorang dan diorang malu nak mengaku..

 Lelaki biasa menangis bila...

  • Kehilangan orang yang disayangi kerana kematian. Lelaki jarang menunjukkan rasa lemahnya kerana mungkin bimbang sifat maskulin akan pudar.
  • Apabila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan. Siapa cakap lelaki tak ada perasaan apabila perempuan idamannya minta putus atau berubah hati. Hati tetap rasa tersentuh dan bagai direntap. Jalan mudah, menangis sambil berpura-pura tidur. (Kalau pura-pura ni buah hati aku pernah nangis hehe)
  • Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. Lelaki yang bertanggungjawab akan merasa tercabar sekiranya dia gagal memberikan nafkah kepada isteri atau anaknya lalu diluahkan dengan linangan air mata.
  • Bergaduh atau berselisih faham dengan isteri. Seorang lelaki mungkin akan mengalirkan air mata jika isteri bersikap tidak ambil peduli atau tidak tahu menahu mengenai keperluan ataupun tak ambil kisah perasaan mereka.
  • Melihat anak atau isteri menderita sakit. Lelaki punya hati yang keras dan tak mudah dipecah tetapi bila diuji Tuhan dengan menimpakan penyakit berbahaya kepada orang yang disayangi termasuklah ahli keluarga.
  • Terharu dan terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata kesyukuran. Lelaki yang pernah menangis untuk hal seperti ini adalah lelaki yang berhati lembut dan sensitif.
  • Gagal dalam pelajaran atau kerjaya juga boleh menyebabkan kaum lelaki berlinangan air mata.



  • No comments:

    Post a Comment