Friday, 19 July 2013

Gadis Melankolik vs Lelaki Hati Tisu

Topik yang aku nak menulis pada hari ini nampaknya akan menyentuh hati seseorang kelak.
Sebelum apa-apa terjadi aku nak minta maaf lah sama ada kepada kaum hawa mahupun kepada kaum Adam..
 Gadis Melankolik sama ke dengan gadis yang berhati tisu??
Cupp!! Bagi aku gadis Melankolik ni mungkin gadis yang menyedihkan tapi dia bukanlah seorang yang mengada-ngada taw.
Gadis berhati tisu pula gadis yang cenggeng.suka menangis dan cepat tersentuh.
Itu lumrah la bagi seorang makhluk yang bernama perempuan kan?/

Lelaki pulak makhluk yang telah kita sendiri sedia maklum mempunyai sifat ego yang tinggi.
Mungkin ada hikmah nya diorang dikurniakan dengan perasaan ini. Perasaan ego ni bagus juga untuk memimpin sebenarnya. Kalau tak da sifat ni mungkin lelaki akan jadi seperti lalang dan tak mampu untuk berpendirian tegas.

Semalam aku text buah hati aku..Aku pun perli la..Baru sekarang ke nak rasa rindu?
Then dia jawab.. Ala..sebenar kita pun rindu tapi tak nak tunjuk nanti POYO!!
Haduii.. Bila dapat text tu mula la aku nak bertukar character aku jadi gadis melankolik huhuhu..
Tinggi sungguh ego dia.. Bila tanya rindu aku tak?? Boleh dia jawab..Rindu la jugak..
Kadang-kadang kita sebagai perempuan nak juga dimanja..salah ke kalau dia jawab dia pu rindu aku?? Jangan-jangan dia memang tak rindu aku kot..
Tak pe la..pasangan tu pinjaman Allah kalau betul la dia jodoh aku..
kami takkan terpisah walau apa pun yang terjadi..
Ingat!! Cinta dalam kesederhanaan.
Siang tadi aku tengok la satu drama..then aku dapat lah sedikit tips.

Kalau kita sayangkan orang yang kita cinta..
lepaskan dia kalau dia selalu lari dari kita..
sebab tak guna juga kalau kita kejar then dia lari jauhkan diri..
Lepaskan dia macam kita lepaskan ikan di sungai..
Kalau ikan milik kita pasti dia akan kembali..
Jika ikan itu berenang terus tinggalkan kita..
Itu bermakna dia bukan milik kita..
Kita mampu berusaha..Tapi tuhan yang menentukan betul tak?

Lelaki pun makhluk tuhan juga..nak tahu tak kenapa tuhan cipta hati perempuan dengan lelaki berbeza?? Hikmahnya..
Tuhan nak kita berkenalan antara satu sama lain..
Tuhan nak kita dapat mengenali hati masing-masing dan belajar untuk bertolak ansur..
Apa yang penting tuhan nak tunjukkan kasih sayang terhadap makhluk yang dicipta olehNya.
Sebab itu setiap makhluk berpasangan..
Ayam pun ada pasangan dia sendiri hehe

Lelaki pun ada perasaan..lelaki pun hati tisu la..Cuma tak tunjuk sebab nanti tercalar plak ego diorang dan diorang malu nak mengaku..

 Lelaki biasa menangis bila...

  • Kehilangan orang yang disayangi kerana kematian. Lelaki jarang menunjukkan rasa lemahnya kerana mungkin bimbang sifat maskulin akan pudar.
  • Apabila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan. Siapa cakap lelaki tak ada perasaan apabila perempuan idamannya minta putus atau berubah hati. Hati tetap rasa tersentuh dan bagai direntap. Jalan mudah, menangis sambil berpura-pura tidur. (Kalau pura-pura ni buah hati aku pernah nangis hehe)
  • Gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki. Lelaki yang bertanggungjawab akan merasa tercabar sekiranya dia gagal memberikan nafkah kepada isteri atau anaknya lalu diluahkan dengan linangan air mata.
  • Bergaduh atau berselisih faham dengan isteri. Seorang lelaki mungkin akan mengalirkan air mata jika isteri bersikap tidak ambil peduli atau tidak tahu menahu mengenai keperluan ataupun tak ambil kisah perasaan mereka.
  • Melihat anak atau isteri menderita sakit. Lelaki punya hati yang keras dan tak mudah dipecah tetapi bila diuji Tuhan dengan menimpakan penyakit berbahaya kepada orang yang disayangi termasuklah ahli keluarga.
  • Terharu dan terlalu gembira sehingga mengalirkan air mata kesyukuran. Lelaki yang pernah menangis untuk hal seperti ini adalah lelaki yang berhati lembut dan sensitif.
  • Gagal dalam pelajaran atau kerjaya juga boleh menyebabkan kaum lelaki berlinangan air mata.



  • Tuesday, 9 July 2013

    Ikan kering vs Ikan Masin

    First sekali aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam.
    Hehe semalam aku dapat banyak text dari sahabat handai yang jauh nun disana..
    Berbunga-bunga ayat masing-masing.. tapi aku just hantar ucapan macam biasa la hee..
    Takdanya aku pandai nak buat ayat sempoi-sempi ni yang penting ikhlas hee

    Sedar tak sedar dah dua minggu aku cuti..
    Huhu..sedar tak sedar dua minggu juga aku menahan rasa rindu dari berjumpa dengan buah hati kesayangan aku. Dia pun sekarang nih tengah sibuk dengan kerja dia sebagai teksi sapu untuk budak-budak UITM Arau ni.
    Harap-harap niat dia terpesong la yea..untuk mencari rezeki yang halal tak pe la.
    Dia nak sara siapa lagi kan kalau bukan aku kihkihkih..
    Haipp!! Sorry korang jangan salah faham pulak aku bukan pompuan macam tu tau..sekadar nak bergurau je..

    Tadi sebelum sahur sempat lagi aku call dia..maklum la.. dua bulan tak jumpa so masing-masing kena lah tong2 kedit yea ahark!!
    Aku tanya la dia biasanya kalau sahur dia suka makan apa?
    Then dia bagi tau aku..dai suka makan nasi dengan ikan masin.
    Isunya sekarang nih..bukan aku nak bincang pasal benda dia suka makan..
    Tapi tadi ni kami sempat la bertekak pasal bezanya ikan masin dengan ikan kering..
    Weyh!! Aku betul2 confius la..bukan ke ikan masin dengan ikan kering tu sama??
    Pastu dia pun terngkan lah..ikan masin tu bila masak kita goreng dengan bawang then isi dia kita boleh gaulkan dengan nasi..Aku pun dapat la tangkap sikit-sikit..
    Jangan-jangan dia maksudkan ikan pekasam tak..
    Bila aku tanya pasal ikan pekasam..dia tak tau pulak..Haih!!
    Aku pulak yang letih dengan perangai blur dia hehe..Yangyang jangan marah!!
    Kalau marah I geget pipi You hehe..

    Tapi walauapapun kami tetap sama..makan sama..Aku pun macam dia jugak..
    aku bila sahur lebih suka makan ikan pekasam gaul dengan nasi..
    Jadi kerja aku bia dah kawen nnt senang la sikit..Tapi sementara la..
    Bila dah ada anak-anak takkan diorang nak makan benda-benda macam tu kan?? aku kena la belajar masak.. Mana taknya.. Buah hati aku yang sorang ni kuat makan harap badan je kecik.
    Hehe bagus la kalau dia kuat makan kalau gemuk tak payah la aku nak risau sangat sebab pesaing dah tak ramai.. Bagi aku even dia gemuk..dia tetap comel ma..
     Haih!! Lamanya nak habis cuti..
    Dulu kalau cuti bukan main happy lagi..But now..Cuti panjang macam ni pun aku dah rasa macam tak sabar-sabar nak balik UUM..huhu

    Rindunya nak tengok muka dia..
    Lagi empat bulan genap lah setahun kami bercouple..
    Lagi empat tahun..Kami akan berkhawin..Yeay!! Tak sabar...
    Aku harap..jadoh aku dengan FZI kekal sampai bila-bila..
    Sayang..I LOve You..
    Kalau mimpi boleh dicipta..I nak cipta mimpi yang paling indah dengan you..hehe

    Saturday, 6 July 2013

    Hati Oh Hati!!

    Cuti Semester2 dah pun bermula tak lama lagi bulan puasa.. Huhu harap2 buln puasa ni aku boleh insan yang baik sikit la.
    Motif aku sebenarnya bukan nak bercerita pasal cuti aku yang panjang ni tapi pasal hati aku yang tak berapa nak tenteram ni. Aku benci sangat bila hati aku ni diburu dengan perasaan cemburu ni.
    Memenag aku kuat cemburu. Tak dinafikan.

    Aku dah tetapkan dalam hidup aku ni aku tak nak berkhawin dengan artis or orang kenamaam . Aku bukan nak hina orang yang jadi artis nih. Aku memang tak boleh la hidup dengan lelaki yang wujudnya ramai perempuan dalam hidup dorang. Benci!!
    Aku ni seorang yang teramat cemburu. Cemburu aku ni boleh dikatakan lagi dahsyat dari angin ribut taw.Mungkin orang akan aku ni perasan macam la ada artis or orang kenamaan yang akan syok dekat aku kan? Tapi kita sendiri pun kena lah sedar yang kita ni cuma manusia biasa tak boleh ramal masa depan. Memang la even kalau dia bukan artis pun boleh mengundang perasaan cemburu kalau orang yang kita sayang ni boleh dikateorikan ada rupa sebab ramai mata yang memandang.
    Tapi bukankah kita boleh kurang risiko cemburu tu untuk jadi lebih tinggi kan. So buat apa kita nak tangung risiko yang kita sendiri boleh elakkan betul tak??

    Huhu aku akui yang Balak aku tu comel orang nya huhu
    ramai je orang nak kacau huhu bencinya aku.
    Aku geram sangat bila ada pompuan kacau dia. Lagi aku geram bila dai pun dah macam tak pedulikan aku.
    Aku ni mungkin tak cukup baik ke? Atau aku ni tak cukup cantik?
    Aku nak minta tolong sapa2 weyh!! Tolong aku macam mana nak kurangkan perasaan cemburu.
    Dikala aku jauh dari dia ni macam -macam aku rasa..
    Tipu la kalau aku tak pernah berfikiran buruk pasal dia kan?
    Tapi perasaan rindu aku pada dia mengatasi semua prasangka.
    Dua bulan kot aku cuti. Rindu oh!!
    Rindu nak kacau dia..Rindu nak tengok muka dia..Rindu nak tengok kening dia yang tebal.
    Rindu segala-galanya lah tentang dia.
    Raya nanti aku nak ajak la dia datang sini..Tahun ni baju raya kami sama..warna merah.

    Pak Gemuk Sayang...I Rindu Youuu....
    Terpisah Jasad Tapi Hati Tetap Disana Bersama You..
    Hati Oh Hati.. Sebelah berfikiran jahat Sebelah lagi berfikiran baik tentang dia.
    Ta pe la..Cuma kenangan indah bersama dia jadi kekuatan cinta aku utuh untuk dia.